Bunyi tembakan takutkan penduduk

Salah seorang penunggang yang membawa senjata api secara bebas di Narathiwat semalam

YALA-Penduduk tempatan bimbang dan takut selepas mendengar beberapa das bunyi tembakan.

Sumber tempatan memaklumkan, sebelum itu penduduk melihat beberapa individu bukan beragama Islam membawa senjata api dengan bebas dan masuk ke kampung mereka.

Kejadian berlaku di kawasan Buathong Tempat 2 Mukim Ban’rai Daerah Thanto Wilayah Yala pada jam 2.28 pagi tadi.

Dalam kejadian berasingan, tiga individu bukan Islam turut dilihat membawa senjata api dengan menunggang motosikal di Mukim Tengo Daerah Sibanpot Narathiwat petang semalam.

Kesemuanya dilaporkan memasuki sebuah perkampungan di wilayah itu tanpa diketahui motif sebenar.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.