Tarikh dan lokasi lihat anak bulan

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Ahad, 1 Mei 2022 Masehi bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijriah.

2. Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Syawal pada petang hari tersebut di:-

2.1. Pontian Kecil, Johor

2.2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik batu ,Tanjung Bidara, Melaka.

2.3. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

2.4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan

2.5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan

2.6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan

2.7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak Darul Ridzuan

2.8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang

2.9. Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda, Kedah Darul Aman

2.10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman

2.11. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah Darul Aman

2.12. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu

2.13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu

2.14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu

2.15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu

2.16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan

2.17. Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan

2.18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak,Kota Bharu, Kelantan

2.19. Pusat Falak Miri, Sarawak

2.20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak

2.21. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak

2.22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah

2.23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang

2.24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang

2.25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang

2.26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

2.27. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

2.28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya

2.29. Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis

3. Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

4. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui Radio dan Televisyen.”

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.