ALOR SETAR-Dua calon Parlimen Alor Setar bertemu di Kampung Seberang Pumpong didalam DUN suka menanti semalam.
Ketua Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, Mr Tan Chee Hong dan Dato’ Ustaz Fadzil Hanafi bertemu secara tidak sengaja
“Kedua- keduanya menunjukkan sikap kepimpinan yang baik mesra dan harmoni.
“Keduanya bertaburan di Parlimen Alor Setar. Bersahabat di luar dan berlawan dalam sistem demokrasi,”katanya.

Beliau berkata, bagaimapun daripada sudut kepimpinan Dato’ Fadhil Hanafi lebih baik daripada calon BN itu.
“BN meletakkan calon Cina. Kita calon Melayu. Hampir 70 peratus kompisisi pengundi di sini adalah Melayu.
“Kita lebih ada peluang untuk menang berbanding lawan,”katanya.
Beliau berkata, rakyat diharap mengundi Warisan di lima buah kerusi Parlimen iaitu Merbok, Alor Setar, Pokok Sena, Padang Serai dan Kuala Kedah.
“Umno parti sarat masalah. Mereka perlu dijatuhkan pada PRU-15 kali ini,”katanya.
Beliau berkata, walaupun tampil sebagai muka baru, Warisan yakin dapat memberikan tentangan kepada parti bermasalah.
RENTAS7
Leave a Reply