PATANI – Umat Islam seluruh Thailand akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 11 Ogos ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Mufti Thailand, Azeez Pitakumpon selepas Jabatan Syeikhul Islam Thailand melihat anak bulan, hari ini.
“Anak bulan kelihatan selepas matahari terbenam pada hari ini. Dengan ini, saya mengumumkan tarikh 1
Zulhijjah 1440 Hijrah bersamaan denganĀ 2 Ogos 2019 pada hari Jumaat.
“Hari Raya Aidiladha pula jatuh pada 10 Zulhijjah 1440 Hijrah bersamaan 11 Ogos 2019 pada hari Ahad”kata Azeez.
Beliau berkata, umat Islam seluruh Thailand diharap tidak meraikan Aidiladha selain pada tarikh tersebut.
“Saya memohon umat Islam seluruh negara dapat menunaikan ibadah Aidil Adha hari yang telah ditetapkan,”katanya.
Rentas7.com
Leave a Reply