Hasil bidaan RM150,000 kereta MB Kedah ke Palestin

Muhammad Sanusi menyerahkan kereta berkenaan kepada pemilik baru selepas berjaya melakukan bidaan tertinggi

ALOR SETAR– Kereta Volvo XC60 3.0 T6 milik Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang dijual demi untuk membantu kesengsaraan rakyat Palestin di Gaza akhirnya dibida dengan harga RM150,000.

Kereta itu menjadi milik Mohammad Yaakob Yusra Mohd Yusof.

Muhammad Sanusi berkata, 100 peratus hasil bidaan berkenaan telah dimasukkan ke dalam Tabung Kemanusiaan PASRelief #Aid4Palestine melalui pindahan dalam talian.

Beliau turut menyalurkan tambahan RM10,000 tunai kepada tabung berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan wang yang disalurkan sebanyak RM160,000.

Pada 16 Mei lalu, Muhammad Sanusi mengumumkan hasrat menjual kenderaan kesayangannya itu di Facebooknya melalui bidaan.

Beliau membuka harga rizab kereta yang dibeli pada 2018 bermula dengan RM55,000.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.