Laporan: Ilyas Salleh
KUALA KETIL– Aktiviti BBQ oleh PAS Kampung Tembak B pada petang tadi bagaikan meraikan kemenangan Perikatan Nasional (PN) Parlimen Baling.
Program berkenaan sebanyak 25 ekor ayam bersalut rempah dibakar dan dimakan bersama nasi beriani dengan penduduk kampung.
Lebih 100 orang hadir dengan kebanyakan adalah anak muda.
Ia dimasak di Dewan Surau Al Barakah dan jamuan pula diadakan di Markas PAS Kampung Tembak B.

Program santai yang turut disertai Dewan Muslimat PAS Kampung Tembak B itu bermula jam 3 petang hingga 12 malam.
Difahamkan, majlis seperti itu diadakan di banyak tempat di Baling dengan antaranya di DUN Kupang.
Parlimen Baling cerah milik PN ekoran tsunami anak muda terhadap gabungan berkenaan.

Lebih memudahkan laluan PN menang apabila calon UMNO-BN Parlimen Baling masih belum bersih daripada tuduhan kes rasuah di mahkamah.

Bagi penduduk amat memalukan jika mengundi pemimpin kluster mahkamah.
Meteka juga khuatir pemimpin berkenaan dipenjara jika menang sekaligus membuatkan Parlimen Baling perlu diadakan pilihan raya.

Justeru, tsunami anak muda dan penduduk Baling sepakan mengundi calon PN iaitu Ustaz Hassan Saad.
PN dijangka menang besar di Kedah manakala UMNO-BN dan Pakatan Harapan (PH) tewas teruk .
Parti pemecah undi seperti Warisan dan GTA pula dipercayai akan hilang deposit.
RENTAS7
Leave a Reply