Alternatif dan beri pilihan

Fadhil Hanafi kanan dan Mustaffa kiri

ALOR SETAR-Warisan tampil di Semenanjung selaku parti alternatif.

Pengerusi Parti Warisan Negeri Kedah, Dato’ Fadhil Hanafi berkata, Warisan bertanding di beberala kerusi di Semenanjung bagi memberikan lebih pilihan kepada masyarakat.

“Warisan tampil memberikan pilihan kepada pengundi sebagai parti yang belum tercemar daripada isu-isu rasuah.

“Saya berharap pada 19 November ini pengundi dapat memikirkan dengan sebaik-baiknya sebelum melakukan sebarang pemilihan,”katanya.

Beliau berkata, memberikan undi kepada parti yang gagal dalam urus tadbir dan kotor akan memberikan kehancuran seperti mana disebut dalam sebuah hadis.

Sementara itu, Ketua Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah, Dato’ Mustaffa Idrus berkata, berdasarkan kajian UMNO-BN dan PH parti terbesar ditolak oleh orang Melayu atas faktor hilang kredibiliti.

“Warisan sedia menggantikan parti ditolak kerana kita mempunyai ramai calon berintergriti,”katanya.

Beliau berkata, memberikan undi kepada parti terpalit isu rasuah adalah satu perbuatan terkutuk.

“Janganlah kita bersubahat dengan mereka. Bahaya jika orang yang mempunyai kes atau kes masih belum ‘ clear’ di mahkamah dibiarkan mentadbir negara.

“Negara juga bahaya jika kita serahkan kepada bukan Islam untuk mentadbirnya dan menjadikan Melayu sebagai boneka.

“Negara dalam bahaya jika diserahkan kepada orang yang mentadbirnya mempunyai rekod tidak baik dan tidak berintergriti serta hanya mementingkan diri, kedudukan dan kuasa,”katanya.

RENTAS7

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.