Dua dalang tempatan seledup arak ditahan

Arak yang berjaya dirampas pihak berkuasa

JOHOR BAHRU– Dua lelaki tempatan yang menjadi dalang penyeludupan 130 karton dan 50 kotak minuman keras ditahan Pasukan Polis Marin (PPN) dalam dua serbuan berasingan semalam.

Operasi diketuai dua Pegawai Kanan dan 11 anggota Unit Risikan Marin PPM Wilayah Dua, Johor

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Muhd Zailani Abdulllah berkata, dalam serbuan pertama, PPN berjaya mengesan dan mengekori sebuah kenderaan.

Menurutnya, kenderaan itu dalam keadaan yang mencurigakan ketika sedang melakukan pemantauan di sekitar kawasan persisiran pantai Forest City, Gelang Patah, Johor.

“Kenderaan tersebut berjaya dipintas setibanya di sekitar Jalan Mentimun, 81550, Iskandar Puteri, Gelang Patah, Johor yang dipandu seorang lelaki Cina berbangsa cina berusia 19 tahun.

“Hasil pemeriksaan menyeluruh terhadap kenderaan jenis Toyota Wish telah berjaya menemui sejumlah 90 karton dan 10 kotak minuman keras yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang penumpang,”katanya.

Beliau berkata, penahanan lelaki berkenaan membawa kepada maklumat tangkapan kedua.

“Sebuah lagi kenderaan yang turut berjaya ditahan selang 20 minit kemudian di lokasi tidak jauh dari tangkapan pertama.

“Tangkapan kedua melibatkan sebuah kenderaan juga jenis Toyota Wish yang dipandu oleh satu lelaki tempatan berbangsa India berumur 26 tahun. Sejumlah 40 karton dan 40 kotak minuman keras berjaya dirampas,”katanya.

Beliau berkata, anggaran keseluruhan nilai rampasan minuman keras dan dua buah kenderaan adalah berjumlah RM 377,41.76.

“Tangkapan dan rampasan dibawa pulang ke Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua untuk tindakan lanjut,”katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.