Mayat dah jumpa..

Mayat mangsa ditemukan petang semalam

PASIR PUTEH– Seorang nelayan yang hilang selepas bot dinaiki karam pada 31 Disember lalu ditemui meninggal dunia.

Kapten Maritim Negeri Kelantan, Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, mayat Assari Leh, 46, ditemui jam 5.30 petang semalam

“Berdasarkan maklumat awal, mayat tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan mangsa ke-5 yang hilang dalam insiden bot nelayan karam JHF 2398 T pada 31 Disember di lokasi kurang 8.3 batu nautika barat daya Pulau Perhentian, Besut Terengganu.

“Mayat dibawa oleh Kapal Maritim (KM) Tok Bali yang dalam misi Cari Alamat dari jeti Pulau Perhentian ke Jeti Maritim Malaysia Negeri Kelantan di Tok Bali dan diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa selama dua jam untuk membawa pulang mayat ekoran faktor cuaca yang kurang baik sebelum tiba pada jam 10 malam di Jeti Maritim Malaysia Negeri Kelantan, Tok Bali.

Artikel berkaitan:

http://rentas7.com/bot-karam-seorang-masih-hilang/

Dalam kejadian 31 Disember, empat lagi nelayan yang menaiki bot berkenaan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke Pulau Perhentian.

Rentas7.com/ Foto: APMM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.