Luqman disenarai gempur gawang Anderlecht Sabtu ini

KUALA LUMPUR-Hasrat peminat bola sepak tempatan mahu melihat kelibat penyerang prolifik muda negara Luqman Hakim Shamsudin mewakili kesebelasan utama skuad senior KV Kortrijk menjadi kenyataan.

Menerusi berita dikongsi kelab itu, Luqman tersenarai bagi aksi menentang Anderlecht di gelanggang sendiri pada awal pagi Sabtu ini.

Keputusan berani pengendali Kortrijk, Yves Vanderhaeqhe mempertaruhkan Luqman bagi aksi penting Sabtu ini membuktikan pemain itu berjaya mencapai standard kelab berkenaan.

Kortrijk kini berada di tangga kelapan daripada 18 pasukan Liga Utama Belgium dan telah mengumpul 14 mata.

Lawan bakal ditentang mereka berada di tangga kesembilan dengan mata yang sama tetapi kedua-dua pasukan dipisahkan jumlah jaringan gol.

Luqman yang merupakan penggempur utama skuad negara B-19 mula sertai KV Kortrijk pada pertengahan Ogos lalu.

Rentas7/Foto KV Kortrijk

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.