Pasar dibom, kereta api tangguh perjalanan

Sekitar kawasan kejadian, gambar beberapa hari sebelum kejadian

PATANI– Perjalanan kereta api dari Narathiwat ke Patani pada pagi tadi tergendala selepas sebutir bom diletupkan di sebuah pasar berhampiran stesen kereta api Raman pada malam semalam.

Unit pemusnah bom dikerah ke sana untuk memastikan tiada bom lain ditinggalkan dan sambil itu kawasan sekitar dikawal oleh anggota tentera kerajaan.

Letupan itu mengakibatkan kawasan pasar di situ mengalami kerosakan dan ditutup sementara, kereta api dibenarkan meneruskan laluan selepas keadaan terkawal.

Tiada sebarang korban dalam keajaiban itu.

Kereta api dibenarkan bergerak selepas keadaan dipastikan selamat.

Tidak diketahui motif dan pihak sebenar melakukan perbuatan itu.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.