Pati bersama tekong tempatan ditahan tentera

Cubaan Pati untuk loloskan diri secara haram dari negara ini dipatahkan pasukan tentera dengan kerjasama PPM

KOTA TINGGI 2 Julai- Tentera menahan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang cuba meloloskan diri dari negara ini menggunakan jalan laut dalam satu operasi pada jam 10.30 malam.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 24 warga Indonesia dengan tiga daripadanya adalah wanita serta seorang lelaki tempatan yang menjadi tekong.

Semua Pati berkenaan dipercayai ingin pulang semula ke Indonesia.

Cubaan meloloskan diri secara haram dari negara ini dipatahkan sepasukan anggota daripada Rejimen ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) yang sedang melakukan rondaan di kawasan Tanjung Ayam, Sungai Rengit.

Menurut kenyataan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, pasukan tentera bertindak melakukan sekatan setelah menerima maklumat daripada Pasukan Pasukan Marin (PPM).

Kenyataan berkata, tentera turut merampas sebuah kenderaan jenis Hyundai Starex yang digunakan membawa kesemua PATI berkenaan.

Semua Pati dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut termasuk dihantar ke klinik kesihatan bagi pemeriksaan COVID-19.

Rentas7.com/ kreadit: Informasi Tempur

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.