KUCHING– Mayat seorang lelaki yang lemas di Sungai Sarawak sejak Khamis lalu ditemukan pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) siang tadi.
Mayat mangsa ditemui pasukan bomba dalam keadaan terapung pada jam 12.05 tengah hari.
Dalam kejadian 14 Januari lalu, mangsa yang berusia 33 tahun lemas dalam ketika cuba menyelamatkan teman wanitanya yang terjatuh dalam sungai tersebut.
Bagaimanapun teman wanitanya berjaya diselamatkan oleh jurukemudi tongkang yang berlabuh di Jambatan Gantong Satok.
Rentas7/ Foto: Pak Din
Leave a Reply