KUALA KETIL -Orang Kampung Tembak dan kawasan sekitarnya meraikan kedatangan calon Parlimen Baling, Ustaz Hassan ke Saad ke tempat mereka.
Mereka nyata gembira dan seronok bersarapan dengan Ustaz Hassan Saad di sebuah warung di Kampung Kuala Menora.

Gelagat penduduk menceriakan lagi suasana pada pagi tadi apabila ada yang mengambil gambar bersama poster calon.
Penduduk mengambil peluang untuk berbual dengan calon yang sememangnya dekat dengan mereka.

Ustaz Hassan bukan individu asing dalam kalangan penduduk kerana banyak memenuhi undangan menyampaikan kuliah di kawasan berkenaan.

Agak lucu dengan poster calon pun mereka bergambar, menunjukkan hubungan rapat sedia terjalin di antara calon dan penduduk.
Ustaz Hassan calon daripada PAS bertanding atas tiket Perikatan Nasional.
RENTAS7
Leave a Reply