Posted byrentas7
December 8, 2018
December 8, 2018
KUALA LUMPUR- Penyokong fanatik skuad bola sepak Indonesia paling kecewa selepas Malaysia layak ke final Piala AFF Suzuki tahun ini.
Sekadar seri 0-0 bertemu Thailand pada perlawanan separuh akhir pertama, komen provokasi oleh sebilangan penyokong jiran mula hiasi media sosial.
Tindakan itu susulan Indonesia terkandas awal di peringkat Kumpulan B
Perasaan taksub kepada pasukan sendiri menyemai iri hati keterlaluan kepada pihak lain.
Dalam erti kata lain, penyokong Indonesia mahu Malaysia juga gagal bagi edisi kali ini.
Terikat tanpa gol pada aksi pertama separuh akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, impian tidak bertempat penyokong seberang laut semakin menyala.
Mereka menyangka Malaysia akan tewas di Stadium Rajamangala pada aksi kedua namun harapan itu meleset.
Di ruang media sosial, jelas perasaan kecewa itu ditonjolkan.
Komen penyokong Indonesia di media sosial
Paling lucu halaman Timnas Day sejurus Malaysia mengikat juara bertahan Thailand 2-2
mencoret status ” Aduh kenapa sakit iya lihat Malaysia lolos ke final”.
Laman page ini juga menonjolkan sikap tidak matang
KEMPEN TERBURUK INDONESIA
Piala AFF Suzuki tahun ini boleh disifatkan kempen paling buruk buat skuad senior Indonesia.
Pasukan belum pernah menjuarai kejohanan tertinggi Asia Tenggara itu hanya mampu mengutip empat mata hasil menang ke atas pasukan tercorot Kumpulan B, Timor Leste 3-1.
Sebelum itu Sang Garuda tewas 1-0 kepada Singapura, pasukan yang sedang bergelut dengan prestasi semasa.
Dua lagi perlawanan menyaksikan Thailand membaham Indonesia 4-2 di Stadium Rajamangala.
Tuan rumah bagi banyak kejohanan tahun ini termasuk Sukan Asia ditunjukkan jalan keluar oleh Filipina selepas seri tanpa jaringan di Stadium Bung Karno.
USAH TAKSUB, HORMATI PIHAK LAIN
Di sebalik tersingkirnya timnas Indonesia, ada sesuatu perlu dipelajari persatuan bola sepak, media dan penyokong negara itu.
Belajarlah lebih menghormati pihak lain.
Usah mimpi untuk berjaya dengan laungan nasionalisme serta provokatif.
Garis pemisah atas nama bangsa dan negara bukan alat untuk kita hina menghina, berprasangka serta bermusuhan.
Buat para penyokong Indonesia yang menghormati pasukan lain, syabas diucapkan!
Leave a Reply