“Kali pertama dapat bantuan kerajaan”

Nor Syazwani menerima bantuan IPT daripada wakil Datuk Najmi iaitu Nazir Ibrahim hari ini

KUPANG– “Ini kali pertama anak-anak saya menerima sumbangan kerajaan” kata waris pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Waris, Zamzurina Md Talib, 40, berkata, buat pertama kali dua anaknya sekaligus menerima bantuan kerajaan.

Menurutnya, dia hanya bekerja sebagai suri rumah manakala suami pula hanya menyara keluarga dengan kerja kilang.

“Selama ini, kami tak pernah terima sebarang bantuan kerajaan terutama untuk dua orang anak saya.

“Alhamdulillah dengan bantuan ini, dapatlah ringankan beban kami,” katanya

Dua anak Zamzurina, Nor Syazwani Mohd Khairi Azhar, 20, dan Zul Azdi Mohd Khairi Azahar,18, menerima bantuan RM300.

Masing-masing melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan diploma di Universiti Kuala Lumpur dan Politeknik Jitra.

Terdahulu, 40 pelajar yang layak menerima bantuan IPT berjumlah RM 300.

Bantuan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Dato’ Najmi Ahmad di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang.

Turut hadir Penolong Pegawai II PKWR, Hassan Saad.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.