Warisan minta rakyat fikir masak-masak sebelum undi

Dato' Fadhil Hanafi kanan dan Dato'Mustaffa Idrus

ALOR SETAR– Parti Warisan Negeri Kedah berharap rakyat berfikir semasak-masaknya sebelum membuang undi.

Calon Parti Warisan Parlimen Alor Setar, Dato’ Fadhil Hanafi berkata, Warisan tidak mempunyai rekod buruk.

“Pesanan saya kepada pengundi dalam Parlimen Alor Setar ialah berfikir semasak-masaknya sebelum memangkah .

“Pilih Parti Warisan belum mempunyai rekod buruk seperti mana pemimpin kluster mahkamah,”katanya.

Beliau menuntut pemimpin tidak bersih dihukum pada PRU-15 kali ini.

Sementara itu, Ketua Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah, Dato’ Mustaffa Idrus berkata, rakyat perlu bangkit daripada tidur.

“Renung dengan akal yang sempurna ke mana kita selepas ini?

Jangan biarkan pemimpin yang tidak baik menjadi pemimpin. Jika terleka akan menjadi mangsa. Mereka terus berkuasa, kaya raya rakyat terus menderita,”katanya.

Beliau berkata, rakyat dihimpit dengan pelbagai tekanan termasuk kenaikan harga barang tetapi pemimpin terus berebutan kuasa.

“Marilah kita hukum pemimpin-pemimpin ini. Jangan biarkan mereka terus kuasai anda.

“Undi lah P009 Parlimen Alor Setar. Ustaz Fadzil Hanafi., calon nombor 3. Warisan berintergriti rakyat senang hati.

“Jangan lupa juga calon kita di Parlimen Pokok Sena, Parlimen Padang Serai dan Parlimen Kuala Kedah dan Parlimen Merbok,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.