Saling tukar bendera, didik semangat politik matang

Dato' Fadhil Hanafi kanan menyerahkan bendera UMNO kepada Fahmi sambil diperhatikan Datuk Mustaffa (kiri)

ALOR SETAR– Parti Warisan dan UMNO-BN bertukar bendera parti sebagai salah satu usaha mendidik politik matang kepada para pengundi.

Calon Warisan Negeri Kedah, Dato’ Fadhil Hanafi bertukar bendera dengan Penyelaras UMNO-BN, Fahmi Fauzi di Kampung Alor Selegah semalam.

Ketua Biro Perhubungan Awam Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, sikap ditunjukkan pemimpin Warisan sewajarnya dicontohi pemimpin parti lain.

Menurutnya, bertukar bendera parti membawa mesej saling hormat menghormati walaupun berada dalam rumah berbeza.

“Kita mahu menanam politik matang dalam kalangan pengundi baik muda atau tua .

“Walau berbeza parti, janganlah kita putuskan ukhwah Islamiah terutama sesama ahli keluarga,”katanya.

Menurutnya, semua pihak boleh membuat perkara sama supaya semua pihak hidup dengan harmoni.

Dato’ Fadhil Hanafi

Sementara itu, Mustaffa berkata, kempen calonnya di Alor Setar berjalan lancar.

“Dato’ Fadhil Hanafi dikenali orang di sini. Jadi kami tak susah sangat nak kempen.

“Tapi kami tak boleh selesa kerana saingan utama Warisan iaitu PN, PH dan UMNO turut mempunyai pengaruh di sini,”katanya.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.