KUALA LUMPUR-Skuad kebangsaan bakal mendapat sentuhan baru di bahagian pertahanan tengah selepas Ahmad Khuzaimi Piee dipanggil bagi menghadapi siri perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Singapura dan Filipina dan sebuah kelab Singapura bulan ini. Ketua Jurulatih Kebangsaan Kim Pan-gon berkata, pemain Negeri Sembilan FC itu dipanggil bagi menggantikan Syahmi Safari dari JDT yang tidak dapat bersama pasukan bagi menguruskan kelahiran bayi ...

SUNGAI PETANI-Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor melabuhkan tirai dengan unsur kejutan apabila BN yang terpalit dengan pelbagai kontroversi salah saku pemimpinnya meraih kemenangan majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri. Pengerusi Persatuan Angakatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah ,Datuk Mustaffa Idrus melihat ia sebagai satu perkembangan yang perlu dibimbangkan PN . Menurutnya, kemenangan BN bagai membawa isyarat parti itu dapat menyingkirkan ...

KUALA LUMPUR-Skuad Bawah 19 tahun (B-19) Indonesia rancak menghadapi dua perlawanan persahabatan bertemu Korea Selatan B-19 . Dua perlawanan pemanas itu diadakan di Korea Selatan pada 25 dan 29 Mac ini. Terdahulu, seramai 32 pemain skuad Garuda Muda yang dipimpin ketua jurulatih Shin tae-Yong dilaporkan tiba di Korea Selatan hari ini. Skuad muda Indonesia itu bakal mengharungi Piala Toulon di ...

KUALA LUMPUR-Berbaki kurang sebulan umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan. Bagi Ramadan tahun ini pastinya berbeza seperti dua tahun sebelumnya apabila kerajaan mengumumkan solat tanpa jarak fizikal sudah boleh dilakukan mulai 1 April depan. Walaupun prosedur operasi standard (SOP)  di bawah ketetapan kuasa kerajaan negeri, kebenaran yang diberikan itu dilihat permulaan kepada umat Islam di Malaysia untuk kembali merapatkan ...

SUNGAI PETANI- Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah menuntut bayaran Bantuan Keluarga Malaysia ( BKM) dipercepatkan segera. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, ini kerana, ramai golongan B-40 memerlukan bantuan tunai untuk kelangsungan hidup. "PAMM menerima laporan bahawa BKM belum disalurkan. Maka kita tuntut bantuan berkenaan segera disalurkan kepada semua yang layak dengan segera,"katanya. Beliau berkata, hingga sekarang tarikh sebenar ...

ALOR SETAR-Kedah FC bangkit daripada ketinggalan 1 gol untuk menewaskan Juara Piala Malaysia 2021 KL City FC 3-2 di Stadium Darul Aman malam ini. Aksi Liga Super 2022 yang kedua di  antara kedua-dua pasukan cukup sengit dengan KL City FC memperoleh gol pembukaan menerusi jaringan kencang Zafri Yahya pada minit ke-29. Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan ...

KUALA LUMPUR-Musibah berterusan dengan terbaru banjir kilat di Kuala Lumpur merupakan satu peringatan ALLAH kepada rakyat dan pemimpin Malaysia. Ketua Penerangan Majlis Ekonomi Halal Malaysia, Datuk Mustaffa Idrus berkata, musibah yang tidak sudah-sudah menimpa negara perlu diteliti dan diperhalusi dengan mendalam oleh rakyat dan pemimpin Malaysia. Menurutnya, jika ada yang mengatakan apa terjadi hanyalah musibah alam semata-mata, individu berkenaan sebenarnya ...

KUALA LUMPUR 7 Mac 2022: Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi hari ini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) yang baharu berkuat kuasa 7 Mac 2022. Menurut Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) merangkap Pengerusi IIM, pelantikan Datuk Wan Suraya ini adalah berdasarkan kepada kepimpinan dan pengalaman luas beliau sepanjang berkhidmat selama ...

SUNGAI PETANI-Tindakan Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mahu membuka sempadan darat dengan Thailand bukan sahaja tergesa-gesa bahkan langsung tidak menguntungkan ekonomi Malaysia. Pengerusi Persatuan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM, Datuk Mustaffa Idrus berkata, pembukaan sempadan ketika rakyat sendiri masih diancam COVID-19 adalah tidak wajar. Menurutnya, keputusan dibuat Ismail Sabri melambangkan Perdana Menteri dari kompenan BN itu tidak ...

PULAU PINANG- Sebuah bot pukat tunda kelas c yang langgar syarat ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di Pulau Betong malam tadi. PPM dalam satu kenyataan berkata, bertindak atas maklumat orang awam, bot ronda milik Polis Marin Batu Uban di atur gerak ke kawasan perairan Pulau Betong, Balik Pulau dan berjaya menahan sebuah bot pukat tunda yang sedang menjalankan aktiviti menangkap ...