PAMM tuntut BKM disegerakan

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah menuntut bayaran Bantuan Keluarga Malaysia ( BKM) dipercepatkan segera.

Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, ini kerana, ramai golongan B-40 memerlukan bantuan tunai untuk kelangsungan hidup.

“PAMM menerima laporan bahawa BKM belum disalurkan. Maka kita tuntut bantuan berkenaan segera disalurkan kepada semua yang layak dengan segera,”katanya.

Beliau berkata, hingga sekarang tarikh sebenar pembayaran BKM belum jelas.

“Walaupun pembayaran bagi tiga jenis kategori iaitu isi rumah, warga emas dan bujang dikatakan akan dibayar pada Mac, tetapi ia tiada tarikh muktamad.

“Kita harap kerajaan mendengar suara kita, kerana ia demi manfaat rakyat,”katanya.

Mustaffa berkata, PAMM juga menuntut supaya proses permohonan tidak terlalu lama serta rumit.

“Kita harap BKM tidak menjadi seperti bantuan-bantuan lain pernah disalurkan kerajaan sebelum ini yang mana ia merumitkan penerima serta banyak proses tapisan.

“Dalam pasca COVID-19, kerajaan sewajarnya faham bahawa rakyat dalam fasa pemulihan ekonomi dan memerlukan bantuan.

“Oleh itu, PAMM tuntut BKM diluluskan tanpa karenah birokrasi dan sebagainya,”katanya.

BKM akan memberikan manfaat kepada lebih 9.6 juta rakyat Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.