PAMM dedah kemenangan besar BN di Johor

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI-Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor melabuhkan tirai dengan unsur kejutan apabila BN yang terpalit dengan pelbagai kontroversi salah saku pemimpinnya meraih kemenangan majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi Persatuan Angakatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah ,Datuk Mustaffa Idrus melihat ia sebagai satu perkembangan yang perlu dibimbangkan PN .

Menurutnya, kemenangan BN bagai membawa isyarat parti itu dapat menyingkirkan PN pada negeri-negeri lain sekaligus mengancam kerajaan pusat yang ada.

“Hal yang menyumbang kepada kemenangan BN dilihat terkait oleh beberapa perkara yang mungkin dilihat oleh pengalisis, pemerhati itu sebagai satu perkara biasa tetapi sebenarnya membawa kepada natijah pertukaran negeri.

“Saya tidak mahu menyebut apa isunya secara mendalam, tetapi secara zahirnya BN menang dalam “image battle’

“PN yang sebelum ini bersandar kepada
watak ‘Abah’ oleh Tan Sri
Muhyiddin Yassin nyata tewas dalam peperangan imej dengan BN,”katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, PN gagal mengekalkan watak Muhyiddin sebagai seorang Abah yang mengambil berat hal rakyat , jauh berbeza ketika tahun pertama beliau menjadi Perdana Menteri.

“BN jelas menguasai media sosial.Imej Muhyiddin dicalarkan dengan isu-isu yang sebenarnya tidak terlalu besar tetapi dekat dengan rakyat. Contohnya isu pengeluaran RM10,000 KWSP, kelonggaran pergerakan dan lain-lain,”katanya.

Tambahnya, PH yang cuma menang di 12 kawasan membuktikan ia semakin ditolak rakyat dek penipuan sewaktu 22 bulan memerintah.

“Lebih malang Amanah dan PKR yang kononnya yang membawa suara orang Melayu dalam PH masing-masing hanya menang satu kerusi dan selebihnya milik DAP.

“Situasi ini menggambarkan PH tidak diterima kaum Melayu,”katanya.

Dalam pada itu, Mustaffa berharap BN dapat tampil sebagai sebuah parti yang bersih selepas menang besar di Johor dan sebelum ini membentuk kerajaan negeri di Melaka dan Sabah.

“Rakyat kembali percaya kepada BN. Kerana parti lain hanyalah menjadi kan perjuangan mereka bersama agenda seseorang.

“Jangan musnahkan amanah rakyat
sepertimana pernah berlaku sebelum ini,”katanya.

Mustaffa berkata, ahli UMNO berani melakukan pembaharuan dengan memilih pemimpin yang bersih dan integriti dan meyingkirkan mereka yang korup dalam pemilihan parti itu selepas ini.

Beliau turut menuntut PN memperbaiki kelemahan yang ada sebelum tampil dalam PRU-15.

Keputusan PRN Johor menyaksikan 40 kerusi milik BN, tiga berpihak kepada PN , PH (12), dan Muda (1).

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.