Sudah boleh rapat saf, Ramadan lebih bermakna

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR-Berbaki kurang sebulan umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Bagi Ramadan tahun ini pastinya berbeza seperti dua tahun sebelumnya apabila kerajaan mengumumkan solat tanpa jarak fizikal sudah boleh dilakukan mulai 1 April depan.

Walaupun prosedur operasi standard (SOP)  di bawah ketetapan kuasa kerajaan negeri, kebenaran yang diberikan itu dilihat permulaan kepada umat Islam di Malaysia untuk kembali merapatkan saf selepas dua tahun dijarakkan akibat penularan wabak COVID-19.

Solat terawih dan lima waktu sepanjang Ramadan sudah pasti lebih meriah berbanding sebelum ini.

Menghampiri Ramadan, program serta moreh sudah ada yang disusun pihak AJK surau dan masjid.

Mereka di perantauan juga sudah mula berkira-kira untuk berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat handai.

Kini, solat sudah boleh dirapatkan. Soalnya sekarang terletak pada diri kita sama ada mahu menjadikan Ramadan tahun ini lebih bermakna atau sekadar lapar dan dahaga.

Tanya diri.

 

RENTAS7/ Foto: Kosmo

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.