Malaysia menang, tetapi membimbangkan

Safiq Rahim diraikan rakan sepasukan setelah menjaringkan gol kedua Malaysia

KUALA LUMPUR– Skuad kebangsaan menang 2-0 pada aksi persahabatan menentang Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Dua jaringan setiap babak iaitu melalui sepakan penalti Safawi Rasid minit ke-31 dan sepakan percuma Safiq Rahim minit ke-90 membolehkan skuad negara menang selesa.

Bagaimanapun, aksi Malaysia malam ini menimbulkan persoalan apakah skuad negara mampu mengharungi kelayakan Piala Asia mulai 8 Jun ini.

Ini kerana, skuad negara dilihat gagal menghadirkan gerakan secara berpasukan di depan pintu gol Hong Kong melainkan bergantung penuh kepada Arif Aiman dan Akhyar Rashid untuk melakukan gerakan lincah memecahkan benteng lawan.

Masih banyak perlu diperbaiki ketua jurulatih, Kim Pan-gon Menjelang aksi pertama menentang Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti pertemuan dengan Bahrain pada 11 jun dan Bangladesh pada 14 Jun.

Kelemahan ketara keseluruhan tempoh permainan ialah pada serangan dan kreativiti menghasilkan gerakan di depan pintu gol lawan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.