Jepun belasah Perancis 4-0

Jepun di landasan tepat memburu pingat emas dalam acara bola sepak lelaki

KUALA LUMPUR-Jepun membelasah gergasi Eropah, Perancis 4-0 tanpa belas kasihan bagi perlawanan terakhir Kumpulan A Sukan Olimpik Tokyo di Stadium Antarabangsa Yokohama malam ini.

Keputusan itu membolehkan Jepun mengumpul sembilan mata penuh selaku Juara Kumpulan A.

Gol-gol Jepun dijaringkan Takefusa Kubo minit ke 27, Hiroku Sakai minit ke-34, Koji Miyoshi minit ke-70 sebelum Daizen Maaeda menambah jaringan pada masa tambahan iaitu pada minit ke 91.

Tuan rumah akan menentang New Zealand pada aksi suku akhir.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.