Kedah memang padu..

Syafiq Ahmad membuktikan ketajamannya masih lagi berbisa

ALOR SETAR-Kedah FC bangkit daripada ketinggalan 1 gol untuk menewaskan Juara Piala Malaysia 2021 KL City FC 3-2 di Stadium Darul Aman malam ini.

Aksi Liga Super 2022 yang kedua di  antara kedua-dua pasukan cukup sengit dengan KL City FC memperoleh gol pembukaan menerusi jaringan kencang Zafri Yahya pada minit ke-29.

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi tandukan Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke -32 dan keputusan seri kekal hingga separuh masa pertama.

Di babak kedua, tuan rumah terus mengasak pelawat dengan dua lagi gol manakala KL City FC hanya menjaringkan satu gol sekaligus keputusan memihak kepada pasukan Kedah FC.

Dalam aksi lain Sabah FC menewaskan PJ City 3-1 di Stadium Likas manakala JDT berpesta gol 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim ke atas Sarawak.

Kedah kini di tangga kedua Liga Super berkongsi enam mata bersama JDT yang berada di puncak liga.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.