KUALA LUMPUR- Malaysia bakal mempunyai kenderaan berperisai mobiliti tinggi (HMAV) 4×4 buatan sendiri. Kenderaan tempur pertama Malaysia itu merupakan ciptaan syarikat milik penuh Bumiputera, MILDEF International Technologies (MILDEF). Ketua Pengarah Eksekutif MILDEF, Dato' Sri Mohd Nizam Kasa berkata, kenderaan pertama itu dihasilkan jurutera tempatan yang berpengalaman. Menurutnya, prototaip HMAV 4×4 pada ketika ini menggunakan 80 peratus komponen tempatan yang merangkumi ...

KUALA LUMPUR-Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang yang muncul sebagai Raja Pecut Dunia. Gelaran itu disandang Mohd Azizulhasni selepas Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengeluarkan ranking terbaru. Mohd Azizulhasni berada di kedudukan teras selepas mengumpul 1,600 mata. Muhyiddin berkata, kejayaan mengungguli ranking dunia acara pecut individu itu adalah pencapaian yang ...

PUTRAJAYA– Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam telah bersetuju agar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula pada penghujung bulan ini akan turut melibatkan pemberian vaksin kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia secara percuma. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKKAV) dalam kenyataan berkata, ia akan melibatkan semua golongan bukan warganegara yang menetap di Malaysia. Menurut kenyataan, selari dengan tema Program ...

ALOR SETAR-Presiden Skuad Badar, Azhar Mohamad akan turun padang bagi memastikan aktiviti projek Musang King di Gunung Inas, Baling benar-benar tidak dijalankan lagi. Azhar berkata, pelbagai laporan yang berkaitan diterimanya, justeru beliau mahu memastikan pihak pengusaha mematuhi arahan Menteri Besar Kedah yang mahu projek itu dihentikan. "Saya akan turun sendiri bagi meninjau keadaan Tanah di Gunung Inas bagi memastikan adakah ...

KULIM-Sebuah keluarga mualaf yang dikurantin di Sungai Seluang menerima bantuan makanan dan zakat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) daerah Kulim, semalam. Pengerusinya, Mohd Hadi Firdaus Ang berkata, pihaknya tampil meringankan bebanan keluarga tersebut yang baru sahaja selesai dikurantin. "Keluarga ini dikurantin selama dua minggu dan alhamdulillah keputusannya negatif. "Semua ahli keluarga dalam keadaan sihat dan dapat melakukan aktiviti harian seperti ...

RANTAU PANJANG- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas 10 guni syabu seberat 402 kilogram yang bernilai RM16 juta di Kampung Lubok Stol, di sini hari ini. Panglima 8 Briged Brigedier Jeneral Zamzuri Abu Hassan berkata, rampasan dadah itu terbesar yang dilakukan 8 Briged Negeri Kelantan setakat ini. Menurutnya, bahan larangan itu berjaya dikesan melalui Op Benteng Zon Utara Kawasan Op Merpati ...

SIK- Seorang wanita gempar apabila menemui aeekor ulang tedung selar sepanjang 3.35 meter di bawah kabinet dapur rumahnya semalam. Dalam kejadian di Kampung Merbau Kudung itu, penghuni rumah dikenali Ashikin,27, segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik. Pegawai APM Sik, Lt.(PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, Pegawai APM Sik berkata, skuad APM menerima panggilan kecemasan ...

KOTA TINGGI- Seramai 14 warga asing yang sepatutnya menjalani kuarantin bertindak berkeliaran di pusat bandar di sini semalam. Bagaimanapun kesemua warga asing berusia 22 hingga 34 tahun itu telah ditahan polis semalam. Polis Kota Tinggi dalam kenyataan berkata, mereka terdiri daripada 12 warga Nepal dan dua lagi individu warga India dan Bangladesh. "Hasil rondaan gabungan dari Pasukan Task Force Covid-19, ...

JOHOR BAHRU-Sebuah bom lama dimusnahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) Kontinjen Johor bersama Sub Unit UPB IPD Kluang dalam Ladang Tereh Selatan hari ini. Polis Johor dalam kenyataan berkata, bom lama atau Unexploded Ordnance (UXO) jenis Shell Meriam 85 mm itu dijumpai semasa kerja-kerja penambaikan jalan masuk ke kuarters pekerja ladang. Menurutnya, bom itu dipercayai dilancarkan sewaktu perang dunia kedua di ...

KUALA LUMPUR- Sembilan bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara memecut laju ke negara asal sebaik bertembung dengan Kapal Diraja (KD) Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), hari ini. Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat berkata, KD Mahawangsa mengesan sembilan bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan kira-kira 44 batu nautika tenggara Pulau Perak semasa melakukan rondaan di Selat ...