ATM rampas dadah bernilai RM 16 juta di sempadan

Dadah bernilai RM 16 juta seberat RM 402 kilogram

RANTAU PANJANG– Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas 10 guni syabu seberat 402 kilogram yang bernilai RM16 juta di Kampung Lubok Stol, di sini hari ini.

Panglima 8 Briged Brigedier Jeneral Zamzuri Abu Hassan berkata, rampasan dadah itu terbesar yang dilakukan 8 Briged Negeri Kelantan setakat ini.

Menurutnya, bahan larangan itu berjaya dikesan melalui Op Benteng Zon Utara Kawasan Op Merpati 8 Briged Negeri Kelantan pada jam 10 pagi.

“Anggota ronda telah menjumpai 10 guni hitam berlabel teh jenama ‘Guanyinwang’ yang ditinggalkan dua individu mencurigakan di tebing Sungai Golok.

“Kedua-dua individu tersebut telah melarikan diri setelah menyedari kehadiran pasukan keselamatan. Hasil pemeriksaan mendapati kesemua bungkusan tersebut mengandungi syabu seberat 402 kilogram yang bernilai RM16,080,000,” katanya.

Anggota ronda telah menjumpai 10 guni hitam berlabel teh jenama ‘Guanyinwang’.

Beliau berkata, rampasan tersebut memberi impak ketara terhadap kejayaan keseluruhan Op Benteng yang merupakan cetusan idea oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), dalam memperkukuhkan persempadanan negara sewaktu di landa Pendemik COVID-19 pada tahun 2020.

“Kejayaan ini adalah selari dengan hasrat Panglima Tentera Darat (PTD) melalui Perintah Ulung Panglima Tentera Darat (PTD) dalam menentukan sesuatu operasi itu dilaksanakan dengan baik dan efektif melalui penekanan kepada Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan,” katanya.

Menurutnya, kejayaan itu diharap terus menjadi pemangkin terhadap kesiapsiagaan setiap anggota yang bertugas di perbatasan bagi menjaga kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.