Jumpa tedung selar bawah kabinet dapur

Anggota APM berjaya menjerut ular berkenaan

SIK– Seorang wanita gempar apabila menemui aeekor ulang tedung selar sepanjang 3.35 meter di bawah kabinet dapur rumahnya semalam.

Dalam kejadian di Kampung Merbau Kudung itu, penghuni rumah dikenali Ashikin,27, segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik.

Pegawai APM Sik, Lt.(PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, Pegawai APM Sik berkata, skuad APM menerima panggilan kecemasan berkenaan sekitar jam 07.21 malam.

“Reptilia seberat lapan kilogram berkenaan berjaya dijerut menggunakan peralatan khas selepas 18 minit.

“Musim kemarau sekarang menyebabkan haiwan berkenaan mencari tempat sejuk untuk berteduh. Jadi orang ramai dinasihati selalu berhati-hati,”katanya.

Sementara itu, ketua skuad Charlie, Sarjan (PA) Mohd Zamri berkata, reptilia berkenaan agak agresif ketika tangkapan dibuat namun skuad Charlie berjaya menjerut dengan pantas.

Orang ramai yang berdepan kes kecemasan boleh hubungi APM Sik di talian 04 469 8221.

Rentas7.com/ Foto: APM Sik

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.