Kenderaan tempur pertama Malaysia

(HMAV) 4×4

KUALA LUMPUR– Malaysia bakal mempunyai kenderaan berperisai mobiliti tinggi (HMAV) 4×4 buatan sendiri.

Kenderaan tempur pertama Malaysia itu merupakan ciptaan syarikat milik penuh Bumiputera, MILDEF International Technologies (MILDEF).

Ketua Pengarah Eksekutif MILDEF, Dato’ Sri Mohd Nizam Kasa berkata, kenderaan pertama itu dihasilkan jurutera tempatan yang berpengalaman.

Menurutnya, prototaip HMAV 4×4 pada ketika ini menggunakan 80 peratus komponen tempatan yang merangkumi casis, badan dan sistem enjin.

Beliau berkata, bagi komponen seperti transmisi, enjin dan gandar pula menggunakan perkhidmatan pembekal luar.

“Rekaan kenderaan ini adalah 100 peratus buatan Malaysia,”katanya yang dipetik daripada Airtimes.

Sementara itu, MILDEF dalam satu kenyataan memaklumkan kenderaan itu dibangunkan dengan kerjasama syarikat Caterpillar.

MILDEF sebelum ini dikenali sebagai syarikat Kembara Suci yang terlibat dalam penyelenggaraan kenderaan berperisai Tentera Darat Malaysia (TDM).

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.