Sembilan bot asing “berselarakan” lari bertembung KD Laksamana

KUALA LUMPUR– Sembilan bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara memecut laju ke negara asal sebaik bertembung dengan Kapal Diraja (KD) Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), hari ini.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat berkata, KD Mahawangsa mengesan sembilan bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan kira-kira 44 batu nautika tenggara Pulau Perak semasa melakukan rondaan di Selat Melaka Utara pada jam 1.09 petang.

“KD Mahawangsa yang sedang melaksanakan rondaan dalam Operasi (Op) Benteng telah mengesan sembilan bot nelayan yang sedang menangkap ikan di perairan negara.

“Melihat kehadiran KD Mahawangsa, kesemua bot nelayan tersebut segera beredar dari perairan negara,”kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan berkata, pesawat CL 415 MP Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang melalukan tinjauan udara di Selat Melaka turut membantu mengusir kesemua bot berkenaan pada jam 3.20 petang.

” Kerjasama pelbagai agensi di bawah National Task Force (NTF) semasa menjalankan operasi di laut dapat mengekang pencerobohan nelayan Indonesia yang mencuri hasil laut negara.

“KD Mahawangsa seterusnya kekal melaksanakan rondaan di Selat Melaka Utara bagi mengekang pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara,”katanya.

Kenyataan berkata, TLDM bersama kerjasama 18 agensi lain sentiasa memperkenalkan Op Benteng di bawah NTF dengan beroperasi setiap masa bagi memperkukuhkan sempadan perairan negara daripada diceroboh pendatang asing tanpa izin (Pati) dan mencegah penularan pandemik COVID-19.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.