Selesaikan perebutan kuasa bukti kebijaksanaan YDPA

Mustafa mahu DAP diharamkan

SUNGAI PETANI– Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) yakin pentadbiran kerajaan baharu dapat memacu negara ke arah masa depan lebih baik.

Ketua Penyelaras PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, PUTRA mengucapkan tahniah dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana menyelesaikan krisis politik negara dengan bijaksana.

“Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipilih sebagai Perdana Menteri ke-8. PUTRA berdiri teguh di belakang kerajaan baru.

“PUTRA yakin masalah seperti kelembapan ekonomi, perpaduan kaum, dan urus tadbir negara dapat diatasi dengan baik di bawah kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin”katanya hari ini.

Tambahnya, kerajaan yang dibentuk daripada gabungan parti-parti Bumiputera lebih selamat daripada kerajaan gabungan bersama DAP.

“Selama berkuasa DAP rakus mencabar Islam dan Perlembagaan negara. Pembentukan kerajaan Bumiputera menyelamatkan nasib Melayu dan agama Islam di negara ini,”katanya.

Dalam pada itu katanya, PUTRA menuntut kerajaan baharu menyiasat salah laku pimimpin-pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika mentadbir.

“Paling utama, bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang membebaskan 12 individu dituduh kumpulan pengganas, Harimau Tamil Ealam (LTTE) perlu didakwa.

“PUTRA juga mahu bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang didakwa menjual aset Tabung Haji diheret ke muka pengadilan.

“Malah jangan dilupa keadilan untuk anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang mati akibat dipukul perusuh,”,katanya.

Tambahnya, selama 22 bulan memerintah PH terbukti gagal, justeru itu rakyat dituntut memberikan peluang kepada kerajaan Bumiputera.

 

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.