Kedah daki tangga ketiga liga,

ALOR SETAR-Kedah memintas jirannya, Perak untuk berada di tangga ketiga Liga Super CIMB 2020 selepas menewaskan PJ City 2-1 di Stadium Darul Aman malam ini.

Dua gol Kedah dijaringkan dua penyerang importnya Kpah Sherman minit ke-24 dan Kipre Tchetche minit ke-67.

Sebelum itu gawang gol Kedah dibolosi Washington Brandao minit ke-16.

Kemenangan itu membolehkan Kedah berada di tangga ketiga liga dengan 10 mata sekaligus menghantar Perak yang tewas 7-0 kepada JDT semalam ke tangga ketujuh.

Peluang Kedah untuk memburu slot Piala Juara-Juara AFC dan Piala AFC yang ditawarkan bagi juara dan naib juara liga kini semakin cerah.

UITM FC yang turut bermain malam ini turut mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Pahang membolehkan pasukan “kampus” itu mendaki tangga keempat liga.

Satu lagi aksi membabitkan PDRM dan Felda United berakhir seri 1-1.

Pasukan terakhir daripada 12 pasukan akan disingkirkan ke Liga Perdana musim depan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.