Kelas Al-Quran Surau Kampung Tembak B ditangguh sempena Ramadan

Para pelajar kelas Al-Quran Surau Al Barakah bergambar bersama guru-guru dan jemaah pada majlis tersebut

 

Laporan: Ilyas Salleh

KUALA KETIL-Surau Al Barakah Kampung Tembak B menganjurkan Majlis Penangguhan Kelas Al-Quran selepas solat Maghrib pada kelmarin (27 Januari 2025).

Penangguhan kelas pengajian malam yang diadakan setiap Ahad, Isnin dan Selasa itu bagi memberikan ruang kepada tiga orang guru dan lebih 40 pelajar kelas Al-Quran untuk solat Terawih sepanjang bulan Ramadan ini.

Kelas Al-Quran Surau Al Barakah Kampung Tembak B tidak mengenakan sebarang yuran kepada para pelajar.

Sebagai tanda sokongan kepada kelas itu, para waris tetap memberikan derma mengikut kemampuan mereka.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.