Cintakan negara, lelaki repot polis terhadap Tommy

KUALA LUMPUR-Tindakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas membebaskan 12 individu dituduh kumpulan pengganas, Harimau Tamil Ealam (LTTE) mencetuskan kemarahan rakyat negara ini.

Akibat daripada keputusan itu, pelbagai pihak mengecam Tommy dan menuntut pihak berwajib mengambil tindakan.

Atas dasar tanggungjawab dan cinta  kepada negara, seorang rakyat Malaysia tidak ketinggalan membuat laporan polis terhadap tindakan Tommy itu.

Siang tadi, Azizi Abd Rahim (gambar) membuat repot polis berkaitan salah laku Tommy di Balai Polis Kuala Selangor.

“Repot polis saya terhadap bekas peguam Chin Peng dan bekas peguam negara Tomy Thomas kerana menggugurkan tuduhan kepada pengganas LTTE,” tulisnya di Facebook.

Status berkenaan menerima lebih 330 tanda suka daripada netizen.

Rata-rata mereka berbangga dan memuji tindakan berkenaan.

Media semalam melaporkan Tommy meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara.

Pada 21 Februari lalu Tommy memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap 12 lelaki yang mempunyai hubungan dengan LTTE.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.