Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri ke-8 esok

KUALA LUMPUR- Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Muhyiddin selaras dengan Perkara 402 (2) (a) dan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Menerusi satu kenyataan media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Katanya, pihak Istana Negara hari ini mendapat percalonan nama bakal Perdana Menteri daripada ketua parti politik yang mempunyai wakil rakyat dalam Dewan Rakyat dan ahli Dewan Rakyat yang bebas.

Ahmad Fadil memaklumkan, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah jawatan Perdana Menteri pada 1 Mac 202 jam 10.30 pagi di Istana Negara.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.