Malaysia pemer semangat juang tinggi

Pemain kebangsaan dikepung barisan pertahanan Singapura

KUALA LUMPUR– Corak permainan dan taktikal menarik selain semangat juang tinggi hingga akhir perlawanan  diperagakan skuad kebangsaan
dalam perlawanan persahabatan Tier 1 Tri Nation menentang Singapura di Stadium Nasional Singapura malam ini.

Bagaimanapun keputusan lebih memihak Singapura selepas menang 2-1 ke atas pasukan kebangsaan.

Dua gol Ikhsan Fandi pada minit ke-30 dan minit ke-76 memberikan tiga mata penuh kepada tuan rumah manakala gol Malaysia dijaringkan Liridon Krasnaqi.

Perlawanan malam ini menyaksikan ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan-gon melakukan perubahan di posisi pertahanan apabila menurunkan pemain JDT Aidil Zafuan.

Namun majoriti penyokong Harimau Malaya di media sosial menuntut pemain itu tidak lagi diturunkan dalam skuad kebangsaan selepas ini kerana bagi mereka pemain itu tidak beraksi baik.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.