Empat mukim terjejas di Kedah dikenakan TEMCO

ALOR SETAR– Empat mukim terjejas dengan penyebaran COVID-19 (kluster Sivagangga) dikenakan Targeted Enhancement Movement Control Order (TEMCO) (Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Bersasar) berkuatkuasa hari ini.

Kawasan terbabit ialah Mukim Ah, Mukim Hosba dan Mukim Binjal di Daerah Kubang Pasu serta Kampong Ulu, Padang Sanai di Daerah Padang Terap.

Memetik Astro Awani, TEMCO berkenaan melibatkan kawalan pergerakan orang awam pada radius satu kilometer dari Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh
(Mukim Hosba), Daerah Kubang Pasu.

Lima sekolah terlibat dalam pelaksanaan TEMCO iaitu SMK Hosba (sekolah menengah harian berasrama), Sekolah Kebangsaan ( SK) Hosba, SMK Megat Dewa (sekolah menengah harian berasrama) dan SK Megat Dewa.

Di Mukim Padang Sanai ia libatkan SK Kubang Palas.

Semua sekolah yang dinyatakan diarah tutup berkuat kuasa serta merta mulai 2 Ogos 2020 sehingga 29 Ogos 2020 (28 hari).

Tarikh berkenaan melibatkan 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari lagi pemerhatian.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah membuat keputusan bahawa pelaksanaan TEMCO di kawasan yang telah dikenalpasti menetapkan had pergerakan
keluar masuk.

Guru yang tinggal di kawasan TEMCO tidak dibenarkan untuk hadir bertugas sama sekali manakala guru yang tinggal di luar kawasan TEMCO tidak dibenarkan untuk ke sekolah di kawasan TEMCO.

Bagi guru yang tinggal dan bertugas di luar kawasan TEMCO tetapi perlu melalui kawasan TEMCO adalah dibenarkan.

Pengecualian hanya bagi perkhidmatan penting (essential services).Namun tertakluk oleh perubahan yang akan diputuskan di peringkat pusat.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.