KUALA LUMPUR- Skuad Jepun kini mula gentar berdepan pasukan dari Asia Tenggara. Memetik Vocket FC, Kapten Jepun Maya Yoshida (gambar) mengakui pasukan dari Asia Tenggara semakin liat ditumpaskan. Dalam wawancara bersama ESPN, Maya Mosyida menyifatkan lawan terutamanya Vietnam semakin baik dengan jurang di antara kedua-dua pasukan semakin tipis. Maya Mosyida berkata, Jepun hanya mampu menewaskan Vietnam 1-0 pada suku akhir ...

ALOR SETAR-Pelucutan Eric Paulsen daripada ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM) membuktikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) jauh lebih baik daripada Pakatan Harapan (PH). Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, pelucutan berkenaan tidak akan berlaku sekiranya PH masih memerintah. "Di zaman PH, pemimpin yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman kebal daripada hukuman atau tindakan sehingga menyebabkan ...

KUALA LUMPUR-Pelarian Rohingya termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) akan dihantar pulang melalui bantuan Bangladesh. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama erat daripada Bangladesh amat diharapkan. "Kita juga menitipkan harapan dan komited yang berterusan dari kerajaan Bangladesh, untuk terus berganding bahu menangani pelarian Rohingya secara bersama termasuk penghantaran balik Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari ...

SUNGAI PETANI- Sikap "sporting" Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor wajar dicontohi semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk agensi kerajaan. Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, Muhammad Sanusi menunjukkan akhlak sebenar dalam melayani masyarakat. "Sebelum menjadi Menteri Besar lagi Sanusi seoarang yang mudah didekati masyarakat. Beliau merupakan seorang pendengar yang baik untuk rakyat ...

PUTRAJAYA– Penubuhan National Technology & Innovation Sandbox (NTIS) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lalu akan mendorong perkembangan inovasi dan kreativiti dalam negara dengan memangkin usaha seperti pendigitalan penawaran perkhidmatan dan peningkatan kadar pengkomersialan produk tempatan, teknologi serta perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) baharu. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan berkata, NTIS ...

PATANI- Seorang wanita tempatan cuba digoda pegawai kerajaan ketika dikuarantin di sebuah sekolah di daerah Rueso wilayah Narathiwat. Wanita itu dikuarantin bagi membendung penularan wabak COVID-19 sebaik pulang dari Malaysia pada 11 Jun lalu, lapor media tempatan. Dalam tempoh kuarantin, wanita itu menerima pesanan daripada pegawai pusat dikuarantin daripada aplikasi Chat. Pegawai yang juga dipercayai seorang anggota tentera itu mengajak ...

SUNGAI PETANI- Sistem pendidikan, demokrasi atau apa sahaja yang menyebabkan ketidakstabilan negara perlu diperbaiki sebelum PRU-15. Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, perebutan kuasa termasuk sikap tidak menghormati sesama kaum tidak akan selesai sekiranya negara mengamalkan sistem sedia ada. "Kita lihat hari ini Bangsa Melayu diperlekehkan termasuk agama Islam dihina oleh satu kelompok yang lain. ...

KUALA LUMPUR-Perdana Menteri memuji sikap jemaah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tan Sri Muhyiddin Yassin berkesempatan bersolat Jumaat di masjid berkenaan setelah ia dibuka kepada umum. Beliau berkata, berdasarkan perhatian, pengurusan masjid telah memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dipatuhi. "Lebih membanggakan saya, para ...

ALOR SETAR- Kerajaan negeri menafikan memberikan kebenaran kepada umum bagi melaksanakan aktiviti ibadah di surau masjid seperti mana ditularkan di media sosial. Exco Agama Kedah, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad berkata, sehingga hari ini, kerajaan negeri belum mengeluarkan sebarang keputusan rasmi berkaitan perkara berkenaan. Menurutnya, kerajaan negeri bertanggungjawab memelihara keselamatan jemaah daripada wabak COVID-19, namun dalam masa sama tetap ...

KUALA LUMPUR- Hanya pelajar yang sihat dibenarkan hadir ke sekolah apabila sesi persekolahan pada 24 Jun ini. Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin berkata, ibu bapa juga perlu memastikan anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah. Selain itu katanya, antara perkara penting yang perlu sentiasa diberi perhatian adalah amalan penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan. "Kerjasama erat ibu bapa, guru, ...