ALOR SETAR-  Sebuah kawasan di Bukit Selambau akan dicadangkan sebagai zon industri berat khusus bagi operasi kilang plastik kitar semula. Exco Perumahan dan Alam Sekitar. Dr. Robert Ling Kui Ee berkata, sekiranya dipersetujui, kilang yang mempunyai lesen pada masa kini boleh memindahkan aktiviti mereka ke kawasan berkenaan. Namun katanya, kilang terbabit perlu mematuhi syarat-syarat ketat seperti pematuhan 18 syarat dari KPKT, ...

SUNGAI PETANI- Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) percaya lebih ramai rakyat Kedah memiliki pekerjaan di bawah pimpinan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, Sanusi walaupun masih baru menjawat jawatan Menteri Besar, namun tidak menunggu lama untuk mencetuskan perubahan di Kedah. "Pada 28 Mei lalu, beliau segera mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang ...

KUALA LUMPUR- Kerajaan baharu tidak akan beri muka kepada pelarian pendatang tanpa izin (Pati) etnik Rohingya yang masuk secara haram ke negara ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelarian Rohingya tidak dibenarkan tinggal dalam negara ini. "Kita tidak akan biarkan pelarian Rohingya yang masuk secara haram untuk terus tinggal di negara kita. "Kita akan bincang ...

TAIPEI- China didakwa menceroboh ruang udara Taiwan dengan menghantar pesawat tempurnya ke negara itu. Tindakan itu dibalas Taiwan dengan menghalau semula pesawat berkenaan menggunakan pesawat perang, lapor Kompas, hari ini. Tindakan provokasi China itu rentetan daripada pengumuman Presiden Taiwan yang mengumumkan untuk mengadakan latihan perang berskala besar. Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan berkata, pasukan tentera mengambil ...

IPOH- Pendakwah terkenal, Ustaz Mohd Kazim Elias menegur sikap segelintir jurujual yang bersikap sombong dengan pembeli. Di Facebooknya, Ustaz Kazim berkongsi pengalaman bagaimana dilayan dengan jurujual yang bersikap sombong. Katanya, beliau pernah memasuki sebuah premis menjual barangan berjenama dengan memakai pakaian yang lusuh. "Hari tu, gatai pi masuk kedai yang ada jenama.. dok pusing-pusing sebab nak ceramah sebelah malam..ambik kesempatan ...

KUALA LUMPUR- Kerjasama parti gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) kini semakin mantap. Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, PAS menegaskan bahawa kerjasama politik terutamanya bersama BN dan Bersatu semakin mantap sekaligus berjaya memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional yang menjadi ‘kerajaan hari ini' (government of the day). "Tanpa menghiraukan segala spekulasi pihak Pembangkang yang hanya berupa perang psikologi semata-mata,. "PAS ...

BESUT– Dua bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara sebelum ini ditenggelamkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Terengganu, hari ini. Pengarah Bahagian Keselamatan Dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata, dua bot berkenaan ditenggelamkan di perairan Terengganu pada kedudukan kira-kira 5.7 batu nautika dari Pulau Perhentian. Menurutnya, proses pelupusan bot nelayan asing tersebut dianggarkan bernilai RM 2 ...

SUNGAI PETANI- Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) menyifatkan Pelan Jana Ekonomi Negara (PENJANA) sebagai satu pelan paling efektif. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, pelan berkenaan dilihat amat berkesan dalam memulihkan semula ekonomi negara dan rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19. "PENJANA dirangka dan dipelan dengan menyentuh keperluan negara dan rakyat secara dasar. "PAMM mewakili rakyat Kedah dan seluruh rakyat ...

LUMUT- Aktiviti pemindahan diesel secara tidak sah di sini digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) jam tiga pagi kelmarin. ​Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, aktiviti itu dipatahkan selepas menerima aduan awam. "Hasil aduan yang diterima, dua buah aset telah diatur gerak ke lokasi untuk pemantauan. "​Hasil dari pemantauan,aktiviti pemindahan diesel secara haram dari sebuah kapal ke ...

JITRA-Sebuah rumah terbakar dalam satu kejadian di Kampung Lubok Batu malam ini. Jurucakap bomba Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.50 malam. "Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat. Dianggarkan sebanyak 60 peratus daripada keseluruhan rumah terbakar,"katanya. Katanya, pihaknya mendapati api sedang marak ketika tiba di lokasi dan dapat dikawal dalam tempoh lapan minit. Menurutnya, tiada mangsa cedera ...