Jepun akui pasukan Asia Tenggara semakin liat

KUALA LUMPUR- Skuad Jepun kini mula gentar berdepan pasukan dari Asia Tenggara.

Memetik Vocket FC, Kapten Jepun Maya Yoshida (gambar) mengakui pasukan dari Asia Tenggara semakin liat ditumpaskan.

Dalam wawancara bersama ESPN, Maya Mosyida menyifatkan lawan terutamanya Vietnam semakin baik dengan jurang di antara kedua-dua pasukan semakin tipis.

Maya Mosyida berkata, Jepun hanya mampu menewaskan Vietnam 1-0 pada suku akhir Piala Asia tahun lalu.

Katanya, Thailand juga mempamerkan kebangkitan dan sanggup mengeluarkan perbelanjaan tinggi mendapatkan Khidmat Jurulatih dari Jepun iaitu Akhira Nishino.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.