Wanita alami gangguan ketika dikuarantin

Gambar hiasan

PATANI- Seorang wanita tempatan cuba digoda pegawai kerajaan ketika dikuarantin di sebuah sekolah di daerah Rueso wilayah Narathiwat.

Wanita itu dikuarantin bagi membendung penularan wabak COVID-19 sebaik pulang dari Malaysia pada 11 Jun lalu, lapor media tempatan.

Dalam tempoh kuarantin, wanita itu menerima pesanan daripada pegawai pusat dikuarantin daripada aplikasi Chat.

Pegawai yang juga dipercayai seorang anggota tentera itu mengajak wanita berkenaan melakukan hubungan terlarang.

Wanita itu menolak ajakan berkenaan termasuk menegaskan sudah bersuami dan mempuyai maruah diri.

Mangsa kemudian membuat tangkapan skrin ajakan pegawai berkenaan sebelum menularkan di media sosial.

Tindakan pegawai berkenaan menimbulkan kemarahan warga netizen serta badan hak asasi manusia di selatan Thai yang menuntut lelaki berkenaan dikenakan hukuman keras.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.