Perdana Menteri bangga sikap jemaah masjid patuhi SOP

KUALA LUMPUR-Perdana Menteri memuji sikap jemaah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkesempatan bersolat Jumaat di masjid berkenaan setelah ia dibuka kepada umum.

Beliau berkata, berdasarkan perhatian, pengurusan masjid telah memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dipatuhi.

“Lebih membanggakan saya, para jemaah juga mematuhi peraturan yang dilaksanakan dengan tertib.

“Saya lihat jemaah memberikan kerjasama yang baik dengan berbaris dan merekodkan bacaan suhu badan masing-masing sebelum dibenarkan memasuki masjid. Jemaah juga membawa sejadah sendiri dari rumah dan duduk dalam jarak satu meter antara jemaah di dalam saf,” katanya dalam satu kenyataan melalui akaun Facebook hari ini.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, masjid dan surau Jumaat tidak dibuka untuk aktiviti solat berjemaah sebaliknya umat Islam disaran menggantikan solat Jumaat dengan Zohor di rumah.

Muhyiddin melaksanakan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara hari ini

Daripada pemerhatiannya, pengurusan masjid telah memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dipatuhi. Lebih membanggakannya jemaah juga mematuhi peraturan yang dilaksanakan dengan tertib.

Beliau juga berdoa situasi COVID-19 di negara kita yang semakin reda akan pulih sepenuhnya bagi membolehkan seluruh umat Islam menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid dan surau seperti sebelum wabak ini melanda.

Kerajaan semalam mengumumkan 1/3 masjid di kawasan Zon Hijau bagi kawasan Wilayah Persekutuan dibenarkan dibuka kepada umum mulai hari ini.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.