Bersabar seketika, masjid dan surau akan dibuka apabila tiba waktunya

Najmi kiri menerima kunjungan hormat daripada pihak Maktab Mahmud hari ini

ALOR SETAR– Kerajaan negeri menafikan memberikan kebenaran kepada umum bagi melaksanakan aktiviti ibadah di surau masjid seperti mana ditularkan di media sosial.

Exco Agama Kedah, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad berkata, sehingga hari ini, kerajaan negeri belum mengeluarkan sebarang keputusan rasmi berkaitan perkara berkenaan.

Menurutnya, kerajaan negeri bertanggungjawab memelihara keselamatan jemaah daripada wabak COVID-19, namun dalam masa sama tetap memastikan syiar Islam di Kedah terpelihara.

“Saya telah menerima rantaian mesej di media sosial berkenaan kebenaran aktiviti ibadat di masjid dan surau.

“Ingin saya tegaskan bahawa pelaksanaan aktiviti ibadah di masjid dan surau di negeri kedah masih belum boleh dilaksanakan,”katanya selepas menerima kunjungan Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud, Sharifah Norulasyikhah Syed Mohamad di Wisma Darul Aman hari in

Najmi berkata, umat Islam dituntut bersabar seketika sehingga pengumuman secara rasmi dikeluarkan.

“Setelah mendapat lampu hijau daripada pihak berkenaan kerana langkah- langkah yang sewajarnya sedang berjalan demi untuk memastikan kita berada di atas peraturan sedia ada dan keselamatan kita terpelihara.

“Oleh itu saya berharap semua pihak mendapatkan sumber berita yg sahih daripada saluran rasmi sahaja,”katanya.

Terdahulu, maklumat palsu yang kononnya surau dan masjid kembali dibuka mulai 12 JUN bagi solat Jumaat dan solat lima waktu kepada umum tersebar luas di media sosial.

Setakat ini, pelaksanaan bagi solat Jumaat bagi seluruh masjid di Kedah kekal seperti tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu 12 orang terdiri pegawai masjid dan jawatankuasa kariah.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.