NTIS dorong inovasi dan kreativiti dalam negara

PUTRAJAYA– Penubuhan National Technology & Innovation Sandbox (NTIS) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lalu akan mendorong perkembangan inovasi dan kreativiti dalam negara dengan memangkin usaha seperti pendigitalan penawaran perkhidmatan dan peningkatan kadar pengkomersialan produk tempatan, teknologi serta perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) baharu.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan berkata, NTIS di bawah MOSTI akan turut menikmati kelonggaran kepada beberapa peraturan untuk menguji cuba teknologi baharu seperti dalam pengujian penghantaran pembelian atas talian melalui dron dan penggunaan kenderaan pandu sendiri, – dilihat bakal memupuk minat rakyat pelbagai lapisan untuk meneroka pengetahuan dalam bidang ini dengan lebih mendalam.

Sementara bagi syarikat serta pemain industri sedia ada, NTIS merupakan peluang untuk mereka melancar, melonjak dan seterusnya mencapai tahap terbaik dalam potensi masing-masing.

Selaku Kementerian peneraju, MOSTI melalui Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Technology Park Malaysia (TPM), Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) dan Futurise Sdn. Bhd. (di bawah Kementerian Kewangan) akan bekerjasama rapat dengan badan-badan kawal selia dan pihak swasta yang lain.

Kerjasama ini meliputi penyelarasan keseluruhan pelaksanaan NTIS melalui sumber pembiayaan penggunaan semula (repurposing funds) Dana Pengkomersialan Penyelidikan dan Pembangunan (CRDF) di bawah MTDC yang akan melibatkan Industri 4.0 dan automasi serta robotik.

Kaedah Sandbox ini akan mengurangkan halangan kemasukan produk, perkhidmatan, inovasi serta penemuan baharu ke pasaran apabila proses pengujian terhadapnya dilonggarkan dan dilaksanakan dalam persekitaran yang selamat dan terkawal.

Dengan ini, proses untuk menguji cuba teknologi baharu seperti penghantaran melalui dron dan kenderaan pandu sendiri dapat dibuat secara lebih efektif dan pantas.

Futurise selaku syarikat di bawah agensi Kementerian Kewangan bersama dengan badan-badan kawal selia berkaitan pula akan bertindak sebagai penyelaras melalui inisiatif ‘National Regulatory Sandbox’ bagi menentukan syarat dan kelayakan yang diperlukan untuk produk-produk inovasi berjaya ke pasaran setelah tamat proses
ujian.

Buat permulaan, terdapat lima (5) inisiatif utama segera yang telah dikenal pasti untuk dilaksanakan di bawah NTIS, iaitu:

1. Penggunaan autonomous robot untuk perkhidmatan kesihatan (penghantaran
dan pembasmian kuman bagi mengurangkan penyebaran COVID-19) di hospital kerajaan dan hospital pengajar universiti serta pertanian yang digunakan untuk mengoptimumkan penggunaan baja dan penyemburan racun serangga ke atas tanaman.

Cadangan empat (4) skim pembiayaan yang merangkumi skop Industri 4.0 dan
Automasi & Robotik adalah seperti berikut:

a) Single Site Sandbox Pembiayaan maksimum berjumlah RM250,000, dalam bentuk geran sepenuhnya untuk membiayai penyelesaian single site sandbox.

b) Multiple Site Sandbox
Pembiayaan maksimum berjumlah RM500,000, dalam bentuk separa geran
(70%) untuk membiayai penyelesaian multiple site sandbox.

c) Pengkomersialan Pembiayaan maksimum RM4 juta, dalam bentuk dana hibrid; geran dan Nota
Janji Boleh Ubah (Convertible Promissory Notes) untuk membiayai proses pengkomersialan penyelesaian sandbox.

d) Dana Padanan bersama-sama Pelabur/Syarikat Korporat
Peruntukan maksimum RM15 juta sebagai dana padanan bersama-sama
syarikat-syarikat korporat.

Instrumen pembiayaan akan tertakluk kepada persetujuan di antara MTDC dan syarikat-syarikat korporat yang terlibat.

Malaysia dan seluruh rakyatnya terus menyahut cabaran menjadi pemain utama dalam perkembangan teknologi serta inovasi baharu untuk meningkatkan produktiviti.

Inisiatif NTIS mampu memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi di persada dunia.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.