SUNGAI PETANI- Pakatan Harapan (PH) akan "membantu" mempercepatkan Pilihan Raya Umum (PRU-15) yang dijangka akan berlaku dalam tempoh terdekat. Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) Datuk Mustaffa Idrus berkata, PH kini sebagai "king maker" terhadap kestabilan kerajaan sedia ada. Menurutnya, peletakan jawatan Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Dr Shahruddin Md Salleh meletakkan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini memberikan ...

SIK- Sembilan buah rumah di sini mengalami kerosakan akibat ribut di sini petang tadi. Ribut juga menjejaskan sebuah kedai, sebuah klinik dan sebuah sekolah. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah SIK, Lt. (Pa) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.30 petang sebelum menghantar 11 anggota ke lokasi. Menurutnya, kejadian bermula jam 5.30 petang sehingga 6.00 petang melibatkan ...

KUALA LUMPUR- Malaysia menerima sumbangan 13 jenis barangan dan peralatan perubatan dari Kementerian Pertahanan Nasional Republik Rakyat China, hari ini. Barangan dan peralatan itu disumbangkan bagi kegunaan petugas barisan hadapan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi berdepan penularan wabak COVID-19. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kesemua barangan itu diterbangkan dari negara China ke Malaysia dengan menggunakan pesawat ...

KUALA LUMPUR- Singapura menzahirkan komitmen penuh bagi mengeratkan hubungan melibatkan hal ehwal Islam dengan Malaysia. Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, hal itu dinyatakan Menteri bagi Hal Ehwal Masyarakat Islam Singapura Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli  melalui panggilan talefon kepadanya, petang tadi. "Beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada saya dan menzahirkan komitmen penuh bagi mengeratkan hubungan Malaysia dan Singapura ...

BALING- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu mengulangi pendirian mempertahankan Gunung Pulai daripada operasi kuari batu kapur. Abd Nasir Idris berkata, pendirian beliau dan semua pimpinan PAS tetap sama iaitu pastikan Gunung Pulai selamat walaupun kini bukan lagi wakil rakyat pembangkang. "Jika mahu teruskan memang peliklah. Masa kita jadi pembangkang, saya sebagai wakil rakyat berjuang sehabis-habisan mempertahankan Gunung Pulai. "Macam-macam ...

KUPANG- Adik kepada seorang penagih tegar merayu kepada pihak berkuasa supaya segera menangkap abangnya di sebuah kampung di sini. Lelaki ingin dikenali sebagai Ahmad,22, berkata, abangnya berusia 26 tahun berjinak-jinak dengan dadah mulai 2016. Menurutnya, abangnya akan bertindak agresif kepada keluarga sekiranya tidak diberikan wang untuk membeli bahan larangan itu. "Saya merayu tolonglah tangkap abang saya, setakat ini masalah ini ...

SUNGAI PETANI-- "Nyawa perlu dibalas nyawa", itu reaksi Ketua Penyelaras Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Kedah terhadap pamandu mabuk. Datuk Mustaffa Idrus berkata, pemandu mabuk yang mengakibatkan kemalangan maut perlu dihukum dengan hukuman mati mandotori. "Nyawa perlu dibalas dengan nyawa, itulah keadilan! Jika nyawa hanya diganti dengan hukuman tidak setimpal, saya rasa mungkin haiwan lebih bertamadun. "PUTRA Kedah menyokong penuh ...

BALING- Penduduk Kampung Mengkuang Tengah berharap pihak berkuasa dapat menurapkan jalan kampung yang belum pernah diturap sejak 60 tahun lalu. Kawasan berkenaan menempatkan lima buah rumah dengan jumlah penduduk seramai 25 orang. Wakil Penduduk, Harun Bidin,60, berkata, satu-satunya jalan utama buat  penduduk kampung itu dibina secara gotong royong. Menurutnya, ia belum pernah diturap sejak 60 tahun lalu oleh mana-mana kerajaan ...