PUTRAJAYA-Kementerian Perpaduan Negara memutuskan ibu bapa atau penjaga di Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan seluruh negara dikecualikan membuat sumbangan bagi tempoh Mac 2020 hingga Jun 2020. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pengecualian sumbangan itu melibatkan 1,781 buah Tabika Perpaduan. Menurutnya, ia melibatkan jumlah murid seramai 37,855 orang dan 41 buah Taska Genius Perpaduan dengan jumlah kanak-kanak ...
KUALA LUMPUR- "Kalau rasa tak kesian kat kami... kesian kat (pada) diri sendiri dan family korang" luah seoarang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebook. Status ditulis petugas kesihatan yang menggunakan akaun Facebook, Kenari Suchie itu menerima lebih 3,000 tanda suka dan lebih 200 komen positif daripada netizen. Tulisan petugas KKM itu merujuk kepada sikap acuh tidak acuh sebilangan rakyat ...
KUPANG- Permintaan terhadap purdah oleh wanita Muslim meningkat ekoran kesukaran mendapatkan topeng muka di pasaran. Pengurus syarikat pengeluar niqab By Humayyra, Nor Fadhilah Omar berkata, purdah dijadikan pelindung alternatif daripada serangan COVID-19. Menurutnya, pemakaian purdah bukan perkara baru, sebalik telah lama diamalkan oleh sebahagian besar kaum Muslimah. "Tetapi sejak COVID-19 semakin menular, permintaan terhadap purdah keluaran By Humayyra juga alhamdulillah ...
ALOR SETAR-Â Bilal masjid mengakui sedih melihat masjid lengang tanpa jemaah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang masuk hari kedua. Bilal Masjid al Kausar Titi Baru , Ahmad Bukhari Ayub ,30,(gambar kiri)Â mengakui hatinya sebak melihat saf kosong setiap kali masuk waktu solat. "Sedih memang sedih apabila tak nampak jemaah seperti kebiasaaannya, yang ada hanya kami jawatankuasa masjid. "Apabila Perintah Kawalan Pergerakan ...
ALOR SETAR-Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) mencadangkan kerajaan menghalang pengerakan penduduk dari satu daerah ke daerah lain. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, langkah itu wajar dipertimbangkan bagi mencegah wabak COVID-19 daripada terus merebak. Menurutnya, tindakan itu sekaligus dapat mendisiplinkan rakyat Malaysia yang ingkar pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan. "PAMM mencadangkan agar setiap laluan masuk ke setiap daerah ...
PATANI- Tiga pejuang kumpulan Melayu Patani dan seorang askar Thailand maut dalam pertempuran sengit yang berlangsung selama tujuh hari. Tujuh lagi askar Thailand dilaporkan mengalami kecederaan. Tiga anggota pejuang kumpulan Melayu Patani yang maut dikenali sebagai Solahudin Haji Yusof, Azhar Abdulwahid, dan Syahid Nuruddin Haji Yusof. (gambar atas :salah seorang anggota pejuang) Pertempuran bermula 12 Mac hingga 18 Mac di mukim ...
BANGKOK- Kerajaan Thailand menutup semua sekolah di negara itu dalam usaha mencegah COVID-19 berkuatkuasa 18 Mac sehingga 31 Mac. Kementerian Pendidikan Thailand dalam satu kenyataan berkata, kemasukan tarikh pengambilan pelajar baru bagi Tingkatan 1 dan 4 yang sepatutnya dibuat pada hujung bulan ini turut ditangguh. "Perubahan tarikh bagi pengambilan pelajar Tingkatan 1 dan 4 termasuk tarikh peperiksaan kemasukan bagi para ...
BALING- Dua anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris antara petugas kesihatan yang berada di barisan depan mengekang wabak COVID-19. Menerusi satu perkongsian di Facebook (gambar) hari ini, Abd Nasir menzahirkan ucapan tahniah kepada dua anaknya iaitu Dr Nur Hanisah dan Dr Hanan Melati. "Tahniah anakanda Dr Nur Hanisah Nasir dan Dr Hanan Melati yang duduk barisan ...
BALING- Empat jururawat dari Hospital Baling hari ini dipanggil bertugas di Hospital Alor Setar bagi memberikan khidmat rawatan menangani COVID-19 Mereka adalah Syarifah Samsiah Syed Mohdi, Sabariah Mahmood, Haniza Adnan dan Norzuraida Rosedi. Menerusi perkongsian akaun Facebook Hospital Baling, mereka ialah kumpulan pertama terpilih berkhidmat di Hospital Alor Setar bagi misi berkenaan. "Di saat orang lain mengawal pergerakan mengikut arahan pemerintah, kami jururawat juga ...
ALOR SETAR- Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) menuntut seluruh rakyat negeri ini mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengekang wabak COVID-19. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, orang ramai diminta berada dalam rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. "Jika nak keluar sekalipun biarlah kerana ada urusan benar-benar mustahak. "Jangan pentingkan diri sendiri sehingga menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal,"katanya di sini, ...













