Bilal sebak lihat masjid lengang tanpa jemaah

ALOR SETAR- Bilal masjid mengakui sedih melihat masjid lengang tanpa jemaah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang masuk hari kedua.

Bilal Masjid al Kausar Titi Baru , Ahmad Bukhari Ayub ,30,(gambar kiri) mengakui hatinya sebak melihat saf kosong setiap kali masuk waktu solat.

“Sedih memang sedih apabila tak nampak jemaah seperti kebiasaaannya, yang ada hanya kami jawatankuasa masjid.

“Apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, kuliah agama pun terpaksa dibatalkan sehinggalah arahan tamat,”katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Bagaimanapun katanya, arahan untuk batalkan segala aktiviti di masjid diterima dengan hati terbuka ekoran serangan COVID-19 yang semakin berleluasa ketika ini.

“Harapnya, wabak ni tak berlarut panjang supaya kita boleh beribadat seperti biasa,”katanya.

Ahmad Bukhari berkata, orang ramai diharap mematuhi perintah kerajaan bagi sekiranya mahu melihat masjid dibuka secepat mungkin.

“Kami yang menjaga masjid ni akan cuba buat sebaik mungkin.

“In shaa Allah bila keadaan reda nanti boleh la kita sama-sama memenuhkan masjid semula. Harap makin bertambah lagi makmum-makmum daripada sebelum ni,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.