COVID-19: Thailand tutup semua sekolah

BANGKOK– Kerajaan Thailand menutup semua sekolah di negara itu dalam usaha mencegah COVID-19 berkuatkuasa 18 Mac sehingga 31 Mac.

Kementerian Pendidikan Thailand dalam satu kenyataan berkata, kemasukan tarikh pengambilan pelajar baru bagi Tingkatan 1 dan 4 yang sepatutnya dibuat pada hujung bulan ini turut ditangguh.

“Perubahan tarikh bagi pengambilan pelajar Tingkatan 1 dan 4 termasuk tarikh peperiksaan kemasukan bagi para pelajar baru akan dimaklumi kemudian,” katanya.

Setakat 17 Mac, Thailand telah mencatat 177 kes positif COVID-19.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.