Sukar tewaskan tiga pemuda, askar Thai terpaksa mengepung tujuh hari

PATANI– Tiga pejuang kumpulan Melayu Patani dan seorang askar Thailand maut dalam pertempuran sengit yang berlangsung selama tujuh hari.

Tujuh lagi askar Thailand dilaporkan mengalami kecederaan.

Tiga anggota pejuang kumpulan Melayu Patani yang maut dikenali sebagai Solahudin Haji Yusof, Azhar Abdulwahid, dan Syahid Nuruddin Haji Yusof.

(gambar atas :salah seorang anggota pejuang)

Pertempuran bermula 12 Mac hingga 18 Mac di mukim Tasik, daerah Muang selepas pihak tentera melakukan operasi sekatan pada 12 Mac lalu.

Menurut media tempatan, tentera terpaksa mengepung kawasan berkenaan sehingga memasuki hari ketujuh selepas sukar menumpaskan tiga pemuda tersebut.

Selain tentera, operasi turut melibatkan pasukan polis, ranjer hutan dan lain-lain.

Salah satu jenazah daripada tiga mangsa itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam Madariyyah, Badol, Yala, semalam.

Terdahulu, ratusan penduduk mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.