Kementerian Perpaduan ringankan beban waris Tabika Perpaduan

PUTRAJAYA-Kementerian Perpaduan Negara memutuskan ibu bapa atau penjaga di Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan seluruh negara dikecualikan membuat sumbangan bagi tempoh Mac 2020 hingga Jun 2020.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pengecualian sumbangan itu melibatkan 1,781 buah Tabika Perpaduan.

Menurutnya, ia melibatkan jumlah murid seramai 37,855 orang dan 41 buah Taska Genius Perpaduan dengan
jumlah kanak-kanak seramai 972 orang.

“Semoga pengecualian ini dapat mengurangkan beban ibu bapa Dan penjaga dalam menghadapi masa sukar penyebaran wabak Covid-19 sekarang,”katanya semalam.

Beliau berkata, ibu bapa dan penjaga dinasihati dapat memantau dan mengadakan aktiviti bersama anak-anak serta mematuhi arahan kerajaan supaya meminimakan pergerakan di luar rumah.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.